Musirawas.com – Perdana Menteri (PM) Malaysia, Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan selamat kepada Prabowo Subianto yang menang dan terpilih pada Pilpres 2024, usai ditetapkan KPU kemarin malam.
Bahkan Anwar Ibrahim mengklaim sebagai pemimpin negara yang pertama kali ucapkan selamat kepada Prabowo Subianto, dan keyakinannya akan kemampuan beliau memimpin Indonesia.
Dia menganggap ucapan selamat itu penting sebagai sahabat dan kelangsungan hubungan baik kedua negara, Malaysia dan Indonesia.
Hubungan baik tersebut antara dua negara (bilateral), ASEAN maupun Kawasan sekitarnya.
“Saya telah menghubungi Presiden Terpilih Republik Indonesia Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto bagi menyampaikan salam tahniah di atas kejayaan beliau dalam Pemilihan Presiden Indonesia yang baru selesai.
Saya dimaklumkan saya pemimpin pertama yang menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau selepas pengumuman keputusan rasmi PEMILU sebentar tadi.
Ini cukup bermakna kerana melambangkan nilai persahabatan antara Malaysia dan Indonesia yang amat istimewa sebagai negara tetangga yang dekat dan penting.
Selamat maju jaya dan saya menyatakan keyakinan bahawa Bapak Prabowo pasti dapat menggalas mandat yang diberikan dengan cemerlang demi kemajuan yang berterusan dan kemakmuran negara Indonesia.
Kedua-dua kami bertekad untuk memperkukuh hubungan dua hala yang mencakup pelbagai aspek sebagai negara jiran dan berikrar untuk bekerjasama rapat di pelbagai forum pelbagai hala terutamanya dalam ruang lingkup ASEAN,” demikian cuitan Anwar Ibrahim melalui akun Twitternya (X) @anwaribrahim, Kamis (21/3/2024) pukul 0.04 WIB. (*)